Assalamualaikum, Salam Ramadhan Al-Mubarak & Salam 1Malaysia....
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Ramadhan Kareem menjelma lagi....marilah kita sama meningkatkan KEIMANAN & KETAQWAAN kepada ALLAH SWT agar diberkati oleh Yang Maha Esa sepanjang bulan yang mulia ini....InsyaAllah...
Firman Allah SWT...
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana yang diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, agar kamu betaqwa"... Surah Al-Baqarah ayat 183...
Berdasarkan Firman Allah SWT berikut dapatlah kita memahami betapa pentingnya puasa didalam ISLAM...Allah SWT telah memerintahkan kita berpuasa agar kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita.
Kita juga digalakkan agar bermaaf-maafan sebelum memulakan puasa & sepanjang Ramadhan ini...
Jesteru, peluang keemasan yang datang hanya sekali setahun ini tidak patut dipersiakan dan berlalu begitu sahaja tanpa berusaha untuk melipatgandakan ketaatan kepada Yang Maha Pencipta.Demi merealisasikan tuntutan ibadat pada bulan Ramadhan ini, setiap Muslim perlulah menyediakan program ibadat sepanjang bulan yang mulia ini...Perbanyakkan amalan-amalan sunat disamping tidak meninggalkan amalan-amalan yang wajib....
Akhir kata, saya menyusun 10 jari memohon ampun maaf bagi pihak saya & keluarga kepada para pembaca entri ini.....Salam Ramadhan 1432H & Selamat Berpuasa.....Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan