Assalamualaikum WBT...Salam Ramadhan, Salam Ukhwah & Salam 1Malaysia....
Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT....Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...para ahli kelurga baginda & para sahabat baginda....
Sidang Pembaca Sekalian......
Tanggal 1 Ogos 2011 yang lalu terlah berlalu dengan pantas sekali...pada tanggal tersebut bermulalah kita semua berpuasa....Hari ini 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H telah menjenguk kita semua...maka bermulalah fasa ketiga dalam Ramadhan iaitu PEMBEBASAN DARI API NERAKA...Selain dari itu, pada 17 Ramadhan yang lalu kita telah menempuhi satu peristiwa yang amat bersejarah iaitu NUZUL AL-QURAN iaitu peristiwa penurunan Kitab Suci umat Islam....
Peristiwa ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran ayat 185 Surah AL-Baqarah yang bermaksud...
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjukkan sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara benar dan salah)...."
Sidang Pembaca sekalian.....
Berbalik kepada fasa ketiga pada bulan puasa ini, saya menyeru kepada diri sendiri & diri para pembaca untuk meningkatkan KEIMANAN kita kepada ALLAH SWT....Sebagaimana yang kita tahu pada fasa ini jugalah berlaku 1 Malam yang amat besar ganjarannya terhadap kita bagi yang mengerjakan kebaikkan...Malam itu dikenali sebagai "LAILATUL QADAR"...
Penjelasan malam tersebut ada dalam AL-QURAN didalam Surah AL-Qadr ayat 1-5
"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui, apa dia kebesaran malam lailatul Qadr itu? malam lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka. kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar ”.
Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: “ Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. ” (Riwayat al-Bukhari)
Maka marilah kita bersama-sama mencari malam tersebut...dengan melakukan amal kebajikan seperti solat sunat, bersedekah, memperbanyakkan bacaan Al-Quran kerana janji ALLAH SWT adalah PASTI.....
Selamat Beramal.....Salam Ramadhan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan