FirdausMalek

Ahmad Firdaus Bin Abdul Malek....


Tanggal 5 Januari 1986, bertempat di Hospital Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan lahirlah putera kedua pasangan Abdul Malek Bin Jamaluddin dengan pasangannya Rodzah Binti Abdul Rahman. Putera tersebut dinamakan Ahmad Firdaus Bin Abdul Malek. Beliau telah mendapat pendidikkan awal di Tadika ABIM Kuala Kangsar. Kemudian mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar sehingga tamat Darjah 6. Kemudian melanjutkan perigkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar sehingga ke tingkatan 3. Selepas menerima keputusan PMR (Penilaian Menegah Rendah) beliau ditawarkan ke Sekolah Menengah Teknik Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang (sekarang SM Vokasional). Menamatkan pembelajaran sehingga ke tingkatan 5 disekolah tersebut. 

Selepas SPM beliau agak bertuah kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajrannya ke  peringkat Sarjana Muda di AMERIKA SYARIKAT dalam jurusan Pengurusan Perniagaan & Perakaunan tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mendapat sebarang penajaan. Walaubagaimanapun beliau sekali mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya. Kali ini beliau terpilih untuk mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Selama 3 tahun disana akhirnya beliau berjaya membawa pulang segulung Diploma pada tahun 2008. Kemudian beliau terus menceburi bidang pekerjaan dimana pelbagai jenis pekerjaan telah dilakukan antaranya, sebagai Pembantu Pegawai pemasaran, Penolong Chef & sekarang beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Sekarang beliau menetap di Kota Warisan Sepang, Selangor.

Keluarga Saya