Sabda Rasulullah S.A.W "Ramadhan itu terbahagi kepada iaitu pada permulaannya adalah rahmat. pertengahannya pengampunan (maghrifat) dan diakhirnya pembebasan dari api neraka"....
Alhamdulillah, sekarang kita semua sudah berada pada 10 Ramadhan 1432H hari terakhir bagi fasa yang pertama iaitu fasa diturunkan rahmat oleh Allah SWT..Adakah kita mendapat rahmat tersebut??? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui...semoga Allah menerima segala amalan kita pada fasa pertama ramadhan ini...InsyaAllah....
Berikut adalah kesinambungan dari entri bagi Doa-Doa Ramadhan....
HARI KESEPULUH
" Ya Allah, jadikan aku setara orang yang bertawakal kepada-Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi-Mu...Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi-Mu Dengan Ihsan Mu, wahai tempat tuju orang yang bermohon.."
HARI KESEBELAS
" Ya Allah, tanamkan dalam diriku KECINTAAN dalam melakukan kebaikkan dan KEBENCIAN dalam melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah, jauhkan aku dari kemurkaan-Mu dengan seksaan api neraka dengan pertolongan-Mu Wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan.."
HARI KEDUA BELAS
" Ya Allah,hiasilah aku dengan penutup dan kesucian. Tutupkanlah diriku dengan pakaian kesederhanaan dan dan kerelaan. tempatkan dijalan keadilan dan keikhlasan. Aman aku dari setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang yang takut..."
Amin Ya Allah......
* Ingatlah tanpa Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adakah kita akan dapat berpuasa serta beribadat dengan tenang...KIBARKAN JALUR GEIMLANG..dirumah, premis perniagaan, pejabat kereta & dimana sahaja.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan