Rabu, Ogos 03, 2011

Doa Ramadhan

Assalamualaikum, Salam Ramadhan & Salam 1Malaysia....

Himpunan Doa Yang Boleh Diamalkan Sepanjang Ramadhan ini....

HARI PERTAMA
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa, ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar beribadah. Jagalah aku dan tidurnya dari orang yang lalai. Hapuskan segala dosaku Wahai Tuhan Sekelian Alam dan ampunilah aku Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Dosa...."

HARI KEDUA
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan dan pembalasan-Mu. Berikanlah aku kemampuan menbaca ayat-ayat Mu dengan Rahmat-Mu wahai Tihan yang Maha Pengasih..."


HARI KETIGA
" Ya Allah, limpahkan aku dengan kecerdikkan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikkan yang Kau turunkan demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dari segala dermawan.."

Sekian buat masa ini....
InsyaAllah akan sentiasa dikemaskini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan