Khamis, Mei 12, 2011

Petua Nasi Goreng Peroi...

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia....

Malam ini apabila bermukabuku "Facebook" ramai yang duk bercerita tentang makan...(sy pun sama gak)...
Apabila duk bercerita, komen mengomen tiba-tiba sy teringat lak 1 petua nie....Petua nie sy bljr ms menuntut ilmu masak masak kat Rawang sebuah cafe....Chef sy iaitu Chef Anuar selalu suruh saya masak nasi dlm jam 6 petang....sedangkan nasi utk malam mmg cukup...bila ditanya di cakap "utk buat nasi goreng esk"...sy pun buat je la apa yg disuruh maklum la asst chef kena ikut ckp chef kan....hehe

Bila nasi dh masak & sejuk dia suruh letak dalam bekas lepas 2 masuk dlm peti ais....Mula2 mmg rs pelik tp xla pulak nak bertanya...Akhirnya esoknya baru la sy tahu apa tujuan nasi 2 dimasukkan dalam peti ais..."Firdaus, kamu kalo nak tau, nasi goreng kalo nak elok n peroi bila makan mcm nie la....sejukkan dulu, lps 2 baru goreng." "tapi chef kan elok kalo disejukkan dgn cr suhu bilik je...tapi kenapa masuk peti ais" "blh jugak tp kita kan kat cafe nie semuanya nak cepat" sambil mengangukkan kepala....

Petuanya ialah sejukkan dulu nasi sebelum mengorengkannya.....kalo tidak nasi akan berketul2....

Resepi: Nasi Goreng Cina  ( 2 org makan )

Bahan-Bahan:
  • 2 mangkuk nasi putih yang telah disejukkan
  • 6 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1 biji bawang merah dimayam
  • 2 biji telur ayam
  • 150 g isi ayam @ sotong
  • 1 mangkuk sayur campur
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Cara memasak
  1. Panaskan kuali dengan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah bila minyak panas.
  2. Pecahkan telur yang telah dibersikan dulu kacau hingga sebati dengan bawang.
  3. Masukkan isi ayam @ sotong & sayur campur kacau sehinga isi ayam lembut.
  4. Kemudian masukkan nasi dan goreng macam biasa.
  5. Tambahkan sedikit serbuk ayam gaul sehingga sebati serta masukkan garam secukup rasa.
  6. Bila masak boleh la dihidangkan dengan sup..
Nasi Goreng Cina bersama Kepak Ayam Bersos BBQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan