Sabtu, Ogos 20, 2011

Malam Yang Dinantikan.....

Assalamualaikum WBT...Salam Ramadhan, Salam Ukhwah & Salam 1Malaysia....

Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT....Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...para ahli kelurga baginda & para sahabat baginda....

Sidang Pembaca Sekalian......

Tanggal 1 Ogos 2011 yang lalu terlah berlalu dengan pantas sekali...pada tanggal tersebut bermulalah kita semua berpuasa....Hari ini 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H telah menjenguk kita semua...maka bermulalah fasa ketiga dalam Ramadhan iaitu PEMBEBASAN DARI API NERAKA...Selain dari itu, pada 17 Ramadhan yang lalu kita telah menempuhi satu peristiwa yang amat bersejarah iaitu NUZUL AL-QURAN iaitu peristiwa penurunan Kitab Suci umat Islam....

Peristiwa ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran ayat 185 Surah AL-Baqarah yang bermaksud...
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjukkan sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara benar dan salah)...."

Sidang Pembaca sekalian.....

Berbalik kepada fasa ketiga pada bulan puasa ini, saya menyeru kepada diri sendiri & diri para pembaca untuk meningkatkan KEIMANAN kita kepada ALLAH SWT....Sebagaimana yang kita tahu pada fasa ini jugalah berlaku 1 Malam yang amat besar ganjarannya terhadap kita bagi yang mengerjakan kebaikkan...Malam itu dikenali sebagai "LAILATUL QADAR"...

Penjelasan malam tersebut ada dalam AL-QURAN didalam Surah AL-Qadr ayat 1-5

"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui, apa dia kebesaran malam lailatul Qadr itu? malam lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka. kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar .  

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT  sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya:   Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. ” (Riwayat al-Bukhari)

Sidang Pembaca sekalian....
Rasulullah SAW telah menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan pelbagai amalan & Baginda juga mengejutkan ahli keluarga baginda untuk beribadat kepada ALLAH SWT...sepertimana yang diriwayat oleh Saidatina Aisyah RA
   
"Sesungguhnya Nabi SAW. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan Baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah .

Maka marilah kita bersama-sama mencari malam tersebut...dengan melakukan amal kebajikan seperti solat sunat, bersedekah, memperbanyakkan bacaan Al-Quran kerana janji ALLAH SWT adalah PASTI.....

Selamat Beramal.....Salam Ramadhan.....



Doa Ramadhan ( Hari Kesembilan Belas - Hari Kedua Puluh Satu )

Assalamualaikum WBT, Salam Ramadhan, & Salam Ukhwah...

Doa-doa Ramadhan-Al-Mubarak....

HARI KESEMBILAN BELAS

"Ya Allah....penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikkan-kebaikkannya....Janganlah Engkau jauhkan aku dari ketenteraman kebaikkan-kebaikkannya Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang..."

HARI KEDUA PULUH

" Ya Allah....Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga & tutupkanlah pintu-pintu Neraka dan berikanlah aku kemampuan bagi membaca Al-Quran, Wahai Penurun ketenangan dalam hati orang mukmin...."


HARI KEDUA PULUH SATU

"Ya Allah....berikanlah aku petunjuk ke jalan keredhaan-Mu..dan janganlah Engkau menunjukkan jalan ke Syaitan untuk menguasai diriku..Jadikanlah bagiku Syurga sebagai tempat tinggal & beristirehat..Wahai Pemenuh keperluan orang =orang yang meminta..."

Rabu, Ogos 17, 2011

Doa Ramadhan (Hari Ketiga Belas - Hari Kelapan Belas)

Assalamualaikum WBT, Salam Ukhwah, Salam Ramadhan & Salam 1Malaysia


Berikut adalah sambungan bagi siri doa-doa ramadhan..

HARI KETIGA BELAS 

"Ya Allah, bersihkan diriku dari segala kekotoran & kehinaan. Berikanlah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa & bergaul dengan orang baik, dengan Bantuan-Mu wahai Pengharap orang miskin"

HARI KEEMPAT BELAS


"Ya Allah...Janganlah aku dihukum disebabkan kekeliruan yang aku lakukan. Ampunkan aku dari kesalahan & kebodohan. Janganlah Kau jadikan aku sasaran bala & malapetaka, dengan kemuliaan-Mu, Wahai kemuliaan kaum Muslimin".....


HARI KELIMA BELAS


"Ya Allah.....Berikanlah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang khusyu' dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan orang-orang yang takut'....


HARI KEENAM BELAS


"Ya Allah....Berilah kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik, dan jauhkanlah aku dari kehidupan orang-orang yang jahat. Dan naungilah dengan rahmat-Mu sehingga ke alam akhirat. Demi ketuhanan-Mu, Wahai Tuhan sekalian alam..."


HARI KETUJUH BELAS


"Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan & penuhilah hajat serta cita-citaku...Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan tanpa pengungkapan permohonan...Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam Selawat & Salam Keatas Muhammad serta keluarga yang suci..."


HARI KELAPAN BELAS


"Ya Allah....Sedarkanlah aku akan segala berkah-berkah diatas saharnya..Dan sinarilah hatiku dengan cahayanya & bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk mengikuti ajaran-ajaranya..Demi cahaya-Mu, Wahai Penerang Hati para arifin.."


bersambung....INSYAALLAH

Khamis, Ogos 11, 2011

Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka

Assalamualaikum WBT, Salam Ramadhan & Salam 1Malaysia....

Dari Abu Musa R.A. dari Nabi Muhammad S.A.W berkata "Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat". Hadis Riwayat Muslim.

Allah SWT telah membuka seluas-luasnya pintu taubat bagi setiap hamba-Nya....Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun segala Kesalahan & Maha Penerima Taubat..
Bertepatan dengan bulan ramadhan yang mulia ini kita sebagai manusia yang lemah ini memang digalakkan memohon keampunan kepada Allah SWT. Maka jangan berlengah untuk memohon keampunan kepada Yang Maha Esa....Semoga kita diterima oleh Allah SWT sebagai hamba-Nya dan Rasulullah mengaku kita sebagai Umatnya...InsyaAllah.....

Ini bertempatan dengan Sabda Rasulullah SAW..."Pada Bulan Puasa (Ramadhan) Allah SWT telah membuka semua pintu Syurga & menutup semua pintu Neraka" Riwayat Ahmad...
Marilah kita bersama merebut peluang yang telah dberi oleh Allah kepada kita..agar kita semua dapat masuk kedalam Syurga yang penuh dengan nikmat yang tidak dapat dihutang banyaknya.....

Selamat Beramal......

Rabu, Ogos 10, 2011

Doa Ramadhan (Hari Kesepuluh - Hari Kedua Belas)

Assalamualaikum, Salam Ramadhan Kareem & Salam 1Malaysia....

Sabda Rasulullah S.A.W "Ramadhan itu terbahagi kepada iaitu pada permulaannya adalah rahmat. pertengahannya pengampunan (maghrifat) dan diakhirnya pembebasan dari api neraka"....

Alhamdulillah, sekarang kita semua sudah berada pada 10 Ramadhan 1432H hari terakhir bagi fasa yang pertama iaitu fasa diturunkan rahmat oleh Allah SWT..Adakah kita mendapat rahmat tersebut??? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui...semoga Allah menerima segala amalan kita pada fasa pertama ramadhan ini...InsyaAllah....
Berikut adalah kesinambungan dari entri bagi Doa-Doa Ramadhan....

HARI KESEPULUH
" Ya Allah, jadikan aku setara orang yang bertawakal kepada-Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi-Mu...Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi-Mu Dengan Ihsan Mu, wahai tempat tuju orang yang bermohon.."

HARI KESEBELAS 
" Ya Allah, tanamkan dalam diriku KECINTAAN dalam melakukan kebaikkan dan KEBENCIAN dalam melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah, jauhkan aku dari kemurkaan-Mu dengan seksaan api neraka dengan pertolongan-Mu Wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan.."

HARI KEDUA BELAS 
" Ya Allah,hiasilah aku dengan penutup dan kesucian. Tutupkanlah diriku dengan pakaian kesederhanaan dan dan kerelaan. tempatkan dijalan keadilan dan keikhlasan. Aman aku dari setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga orang yang takut..."

Amin Ya Allah......

* Ingatlah tanpa Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adakah kita akan dapat berpuasa serta beribadat dengan tenang...KIBARKAN JALUR GEIMLANG..dirumah, premis perniagaan, pejabat kereta & dimana sahaja.*

Isnin, Ogos 08, 2011

FADHILAT RAMADAN

ASSALAMUALAIKUM, SALAM RAMADAN & SALAM 1MALAYSIA....

Bulan Ramadan adalah bulan yang kesembilan dalam kalendar Hijrah...Dalam bulan ini juga kita dituntut untuk meningkatkan amalan yang baik serta yang sunat disamping tidak meninggalkan yang wajib serta tanggungjawab..Selain itu juga, kita juga perlu menjaga adab-adab serta tingkah laku kita sepanjang bulan yang mulia ini....Sekiranya kita tidak menjaga serta meperelokkan tingkah laku kita maka sia-sialah puasa kita & apa yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja...

Sebagai panduan kita semua marilah kita menghayati Sabda Rasulullah S.A.W " terdapat 2 kebahagian menanti sesiapa yang berpuasa kerana Allah SWT..Kebahagian yang pertama ialah ketika dia berbuka puasa dan kebahagian kedua ialah ketika dia menemui Maha Pencipta Allah SWT di hari akhirat nanti" Hadis riwayat Imam Ahmad..

Ahad, Ogos 07, 2011

Doa Ramadhan (Hari Keenam-Hari Kesembilan)

ASSALAMUALAIKUM, SALAM RAMADHAN & SALAM 1MALAYSIA...

DOA-DOA RAMADHAN

HARI KETUJUH
"Ya Allah, bantulah aku melaksanakan puasa & ibadah malamnya. Jauhkan aku dari dosanya, Berilah aku zikir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk-Mu), wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat"

HARI KELAPAN
"Ya Allah, berikanlah aku berupa kasih sayang, kepada anak-anak yatim pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan Kemuliaan-Mu tempat berlindung orang yang berharap"

HARI KESEMBILAN
"Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian keluasan rahmat-Mu. Berikanlah aku petunjuk dengan ajaran-Mu. Bimbinglah aku menuju keredhaan-Mu yanh penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai harapan orang merindu"

Khamis, Ogos 04, 2011

Doa Ramadhan ( Hari Keempat - Keenam )

Assalamualaikum, Salam Ramadhan & Salam 1Malaysia...

Bagaimana dengan sahabat2ku sekalian???
Adakah anda masih bertenaga untuk meneruskan PUASA anda???
Marilah kita sama menambahkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah SWT sepanjang bulan RAMADHAN ini....INSYAALLAH....

HARI KEEMPAT
" Ya Allah berikanlah aku kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-MU, dan berikanlah aku kemanisan berzikir. Berikanlah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-MU dan jagalah aku dengan jagaan dan pelindungan-MU, wahai Tuhan Yang Maha Melihat..."


HARI KELIMA
" Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-MU yang soleh serta jadikanlah aku dari kalangan yang auliya ( orang yang mendapat keutamaan-MU ) yang hampir disisi-MU dengan kelembutan-MU, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala pengasih.."


HARI KEENAM
" Ya Allah, janganlah aku dihina dengan perbuatan maksiatku kepada-MU dan janganlah menyeksaku dengan balasan-MU. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-MU dengan anugerah dan bantuan-MU, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.."

Marilah bersama amalkannya....

Rabu, Ogos 03, 2011

Doa Ramadhan

Assalamualaikum, Salam Ramadhan & Salam 1Malaysia....

Himpunan Doa Yang Boleh Diamalkan Sepanjang Ramadhan ini....

HARI PERTAMA
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa, ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar beribadah. Jagalah aku dan tidurnya dari orang yang lalai. Hapuskan segala dosaku Wahai Tuhan Sekelian Alam dan ampunilah aku Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Dosa...."

HARI KEDUA
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan dan pembalasan-Mu. Berikanlah aku kemampuan menbaca ayat-ayat Mu dengan Rahmat-Mu wahai Tihan yang Maha Pengasih..."


HARI KETIGA
" Ya Allah, limpahkan aku dengan kecerdikkan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikkan yang Kau turunkan demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dari segala dermawan.."

Sekian buat masa ini....
InsyaAllah akan sentiasa dikemaskini.....

Selasa, Ogos 02, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Salam Ramadhan Al-Mubarak & Salam 1Malaysia....

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Ramadhan Kareem menjelma lagi....marilah kita sama meningkatkan KEIMANAN & KETAQWAAN kepada ALLAH SWT agar diberkati oleh Yang Maha Esa sepanjang bulan yang mulia ini....InsyaAllah...

Firman Allah SWT...

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana yang diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, agar kamu betaqwa"... Surah Al-Baqarah ayat 183...

Berdasarkan Firman Allah SWT berikut dapatlah kita  memahami betapa pentingnya puasa didalam ISLAM...Allah SWT telah memerintahkan kita berpuasa agar kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita.
Kita juga digalakkan agar bermaaf-maafan sebelum memulakan puasa & sepanjang Ramadhan ini...

Jesteru, peluang keemasan yang datang hanya sekali setahun ini tidak patut dipersiakan dan berlalu begitu sahaja tanpa berusaha untuk melipatgandakan ketaatan kepada Yang Maha Pencipta.Demi merealisasikan tuntutan ibadat pada bulan Ramadhan ini, setiap Muslim perlulah menyediakan program ibadat sepanjang bulan yang mulia ini...Perbanyakkan amalan-amalan sunat disamping tidak meninggalkan amalan-amalan yang wajib....

Akhir kata, saya menyusun 10 jari memohon ampun maaf bagi pihak saya & keluarga kepada para pembaca entri ini.....Salam Ramadhan 1432H & Selamat Berpuasa.....Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...