Jumaat, Mei 06, 2011

Petua Untuk Selesaikan Masalah dalam Sebuah Hubungan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.....

Pasangan Ahmad Ismail & Kamisah (sekadar hiasan)


Bagaimana dgn perhubungan anda semua...biasalah kita manusia biasa mmg ada kepincangan antra 1 sama lain.....tidak semestinya setiap masalah 2 tidak dpt diatasi....berikut adalah beberapa petua yg boleh diikuti & diamalkan.....

1. Tenangkan Diri - Jangan cepat sangat melenting tidak tentu hala bila ada masalah. Tak perlu nak tunjuk siapa hebat, anda atau dia. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat berfikir secara bijak dan tenangkan diri.

2. Beralah - Kalau kena caranya pasangan anda boleh cair dan mudah-mudahan lembut balik hatinya jika dia sedang marah.

3. Dengar Luahan Hati Pasangan - Tabahkan hati dan cuba bersabar. Biarkan pasangan anda habiskan kata-katanya. Tunjukkan padanya yang anda prihatin dengan perasaannya.

4. Kawal Diri - Ada kalanya pasangan anda akan hilang pertimbangan. Lebih baik anda senyap dan kawal diri daripada berbuat sesuatu yang bercorak provokasi.

5. Jangan Merasa Hanya Kita Yang Betul dan Pasangan Anda Selalu Salah - Jangan sesekali letakkan kesalahan itu seratus peratus pada pasangan anda. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan anda melakukan kesalahan disebabkan kelemahan anda.

6. Doa - Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan anda dan anda sendiri juga akan berlembut.

cubalah bagi memastikan keharmonian antara pasangan anda.....

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan