Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia.....
Artikel kali ini berkenaan dengan kesihatan.....
Setiap dari kita mengimpikan sebuah kesihatan yang sempurna...namun kadang kala kita diserang dengan pelbagai penyakit...salah satunya adalah KEGEMUKKAN.....kegemukkan berkemungkinan berpunca dari masalah pemakanan & juga faktor genetik....Bagi anda yang mengimpikan bentuk badan yang langsing sila baca artikel ini & amalkan bersama....selamat membaca....(^_^)....
14 Kaedah Mudah Lansing....
1.MELETAKKAN KERETA & BERJALAN KAKI.
- sekiranya anda membawa kereta ke pejabat, pusat pembelajaran & pusat membeli belah, letaklah kereta anda ditempat yang selamat & agak berjauhan dengan pintu masuk kerana akan membolehkan anda berjalan kaki...pastikan anda sampai awal agar tidak terkejar-kejar...2. MENGUNYAH SESUATU KETIKA MEMBUAT MANISAN ATAU MEMBUAT KEK.
- sebagai contoh kunyahlah gula2 getah agar dapat mengurangkan rasa untuk merasai manisan @ kek yang dibuat 2....
3. SIBUKKAN DIRI DI JAMUAN.
- sibukkan diri ketika menghadiri majlis kenduri perkahwinan @ keramaian yg lain seperti bertemu dgn para jemputan, sanak sedara @ membantu tuan rumah kerana dengan langkah ini akan menyebabkan fikiran kurang tertumpu pada makanan sahaja tetapi jangan hingga tidak makan langsung....
4. MEMINUM JUS BUAH-BUAHAN & AIR MASAK.
- sekiranya bersiar dengan famili, rakan serta teman rapat dan pergi untuk menikmati minuman bagi menghilangkan dahaga pesanlah minuman jus buah-buahan yang kurang manis...(tanpa gula)...
- sentiasa membawa air masuk kerana dapat menjimatkan perbelanjaan serta dapat menghilangkan dahaga...
5. BERSENAM.
- bagi mereka yang bekerja anda boleh melakukannya di pejabat semasa bekerja dengan senaman ringan serta selepas waktu bekerja.
-bagi suri rumah, penganggur anda juga boleh bersenam dirumah sahaja dengan menjadikan kerja harian anda sebagai satu senaman, seperti mengemas rumah, mengemop lantai, serta mengosok pakaian.
- bagi golongan pelajar anda boleh melakukannya sebelah pagi & petang sekiranya mempunyai waktu...
- lakukan senaman seminggu 3 kali & ambillah masa 10-30 minit bg setiap sesi.
6. SIBUKKAN DIRI DILUAR.
- pergilah bersiar-siar, membeli belah, bersenam & beriadah bersama keluarga, teman rapat serta rakan-rakan.
7. KELUAR PEJABAT WAKTU MAKAN TENGAH HARI.
- bukan untuk pergi membeli makanan tetapi pergilah membuat sesuatu yang berfaedah...bagi yang MUSLIM jangan lupa untuk menunaikan SOLAT ZUHUR...
8. AMBIL MAKANAN BERKALORI, MANISAN & COKLAT.
-skiranya ingin mengambil makanan berkalori tinggi, manisan & coklat hendaklah memasak dalam keadaan yang sedikit atau sekiranya diluar pesanan dalam kuantiti yang berpatutan...
9. BAWA SNEK
- ketika anda bersiar-siar bawalah bekalan snek yang berkhasiat. Anda boleh mengambil bila anda betul-betul memerlukannya.Dengan itu dapat mengurangkan nafsu makan anda & untuk singgah warung @ reston untuk menikmati juadah makanan. Boleh menjimatkan wang anda.
10. PENGGUNAAN ANAK TANGGA.
- sekiranya pergi membeli belah ke pasar raya, biasakan diri anda untuk menggunakan tangga berbanding dengan lif ataupun tangga bergerak.
- sekiranya dipejabat anda juga boleh melakukannya sekiranya pejabat anda berada ditingkat atas..
- jika pejabat anda berada tingkat yang tertinggi cuba lakukan ketika balik kerja sahaja.
11. PEMILIHAN MAKANAN KETIKA LAPAR.
- jangan memilih makanan ketika terlalu lapar kerana ketika dikhuatiri terjebak dengan selera makan yang tinggi.
12. BUAT KEK @ MANISAN DENGAN KADAR YANG SEDIKIT
- sekiranya membuat kek @ manisan buatlah dalam kadar yang kecil & sedikit cukup sekadar untuk keluarga anda.
13. JANGAN MAKAN MALAM
- jangan mengambil makanan terlalu malam. Waktu yang paling sesuai untuk makan malam ialah sebelum maghrib sekitar jam 6.30 petang. Jangan mengambil makanan ketika hendak tidur.
14. APABILA DIRUMAH
- letakkanlah buah-buahan bukan snek yang mempunyai tinggi kalori serta manisan yang mempunyai kadar gula yang berlebihan. Sekiranya ingin mengunyah ketika menonton televisyen atau menonton cerita ambillah buah-buahan kerana dapat mengurangkan pembentukkan lemak.
Berikut adalah beberapa petua yang mudah untuk diikuti.
Sekian, mohon berkongsi...
Sumber: Majalah Saji Tahun 2000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan