Khamis, April 28, 2011

Ujian Saringan HIV?? Apa pandangan ISLAM.....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia.......

Dialog Kota Raya...hehe

Perempuan: Sayang, kita dah bertunang dah agak lama, apa kata kita langsungkan je pernikahan kita???
Lelaki: ermm....mmg boleh tapi kita kena buat sesuatu dulu....
Perempuan: buat sesuatu??? apa dia sayang...kursus kahwin ke???..
Lelaki: ye sayang intan payung....selain kursus kahwin kita kena jalani Ujian Saringan HIV gak....
Perempuan: Ujian saringan HIV??? mmg kena buat ke sayang....

Perhatian>>>>>
Kepada Bakal Pengantin sudah anda melakukan Ujian Saringan HIV?????

Ujian Saringan HIV adalah salah satu syarat yg telah ditetapka oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri2 bg setiap pasangan yg beragama ISLAM melakukannya sebelum meminta kebenaran bernikah....

Apakah itu Ujian Saringan HIV???
ujian ini bertujuan untuk memastikan setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga bebas dari risiko dijangkiti virus HIV...

Adakah ujian ini dibenarkan dalam ISLAM....
berdasarkan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah seperti berikut:

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 telah memutuskan........

1.  Ujian Saringan HIV bagi setiap bakal pengantin yang ingin berkahwinan adalah DIWAJIBKAN sebagai langkah bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya....

Maka,

Berdasarkan fatwa tersebut maka setiap pasangan haruslah melakukan ujian ini terlebih dahulu sebelum permohonan pernikahan dilakukan disetiap Jabatan Agama Islam negeri masing2.....

Ujian hendaklah dilakukan di Hospital Kerajaan.... 

utk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia..... serta hujah mengenai fatwa tersebut boleh diekses dari www.e-fatwa.gov.my
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan