Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia....
Gaji tak cukup??? xdpt nak simpan??? xcukup duit la????
Inilah antara bait2 perkataan yang selalu diungkap oleh kita jika hendak berbelanja....mengapakah selalunya terjadi begini??? Adakah kita tidak membuat sebarang bentuk rancangan perbelanjaan??? Atau kita lebih suka mengutamakan yang tidak penting??
Berikut adalah 7 Langkah Bijak Berbelanja...
1. Berbelanja Secara Tunai Sahaja (Go Cash Only)
- - amalan terbaik ialah dengan TIDAK menggunakan
KAD KREDIT. - - berbelanja dengan menggunakan wang tunai sahaja.
- - dengan mudah kita dapat melihat pengaliran wang tunai keluar.
2. Tetapkan Matlamat Jangka Panjang (Set Long-term Goals)
- tetapkan 1 matlamat dimana anda selalu diingatkan agar tidak berbelanja berlihan demi mengejar matlamat anda tersebut.
- sebagai contoh: Dalam 5 tahun anda ingin mendirikan rumahtangga, anda perlu menulis matlamat anda di atas kertas & tetapkan tarikh serta jumlah simpanan yang anda ingin supaya anda tidak terbabas dari menggunakan wang anda dalam berbelanja.
- letakkan matlamat ini ditempat yang senang dilihat seperti dicermin muka, meja pejabat, peti ais.
- matlamat ini harus dibaca setiap hari kerana ia akan bertindak sebagai pengawal anda dalam berbelanja.
- adakah beg yang berjenama dengan kasut yang berjenama menjadi terikan kepada semata-mata atau menjadi keperluan anda?
- sebelum membuat keputusan, anda haruslah berfikir terlebih dahulu. sekiranya dalam jangkauan perbelanjaan anda teruskan tetapi hanya sekadar memuaskan nafsu berbelanja anda
ELAKKANPEMBELIANkerana anda harus berfikir mengenai kesan yang akan berlaku kelak. - JUJURLAH kepada diri sendiri dalam berbelanja & beranilah berkata TIDAK kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan pada masa sekarang.
- perkara yang amat mudah tetapi selalu diabaikan oleh kita semua.
- sebelum keluar membeli belah PASTIKAN anda menulis perkara yang hendak dibeli.
- sekiranya terdapat promosi yang tidak berkaitan dengan perbelanjaan yang telah dimasukkan di dalam senarai yang diperlukan anda harus berani katakan TIDAK.
- membuat suatu senarai pembelian yang akan datang ketika berbelanja.
- lumrah kehidupan setiap individu yang berkerjaya yang menginginkan sesuatu yang baru setelah penat bekerja selama sebulan.
- tengoklah semula bajet perbelanjaan anda & berfikirkan sesuatu jumlah yang sesuai untuk anda tetapkan bagi perbelanjaan anda sendiri.
- sebagai contoh anda menetapkan RM 200 untuk membeli pakaian baru, menonton wayang, bermain bowling & sebagainya HENDAKLAH dalam lingkungan tersebut.
- sekiranya anda telah menggunakan "Allowance" tersebut maka HARUSLAH anda BERHENTI dari berbelanja.
- jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata TIDAK kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.
- perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya.
- dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga.
- buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik
Sekian, mohon mencadang....
Sumber petikan: I Luv Islam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan