Sabtu, Ogos 20, 2011

Malam Yang Dinantikan.....

Assalamualaikum WBT...Salam Ramadhan, Salam Ukhwah & Salam 1Malaysia....

Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT....Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...para ahli kelurga baginda & para sahabat baginda....

Sidang Pembaca Sekalian......

Tanggal 1 Ogos 2011 yang lalu terlah berlalu dengan pantas sekali...pada tanggal tersebut bermulalah kita semua berpuasa....Hari ini 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H telah menjenguk kita semua...maka bermulalah fasa ketiga dalam Ramadhan iaitu PEMBEBASAN DARI API NERAKA...Selain dari itu, pada 17 Ramadhan yang lalu kita telah menempuhi satu peristiwa yang amat bersejarah iaitu NUZUL AL-QURAN iaitu peristiwa penurunan Kitab Suci umat Islam....

Peristiwa ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran ayat 185 Surah AL-Baqarah yang bermaksud...
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjukkan sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara benar dan salah)...."

Sidang Pembaca sekalian.....

Berbalik kepada fasa ketiga pada bulan puasa ini, saya menyeru kepada diri sendiri & diri para pembaca untuk meningkatkan KEIMANAN kita kepada ALLAH SWT....Sebagaimana yang kita tahu pada fasa ini jugalah berlaku 1 Malam yang amat besar ganjarannya terhadap kita bagi yang mengerjakan kebaikkan...Malam itu dikenali sebagai "LAILATUL QADAR"...

Penjelasan malam tersebut ada dalam AL-QURAN didalam Surah AL-Qadr ayat 1-5

"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui, apa dia kebesaran malam lailatul Qadr itu? malam lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka. kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar .  

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT  sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya:   Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. ” (Riwayat al-Bukhari)

Sidang Pembaca sekalian....
Rasulullah SAW telah menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan pelbagai amalan & Baginda juga mengejutkan ahli keluarga baginda untuk beribadat kepada ALLAH SWT...sepertimana yang diriwayat oleh Saidatina Aisyah RA
   
"Sesungguhnya Nabi SAW. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan Baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah .

Maka marilah kita bersama-sama mencari malam tersebut...dengan melakukan amal kebajikan seperti solat sunat, bersedekah, memperbanyakkan bacaan Al-Quran kerana janji ALLAH SWT adalah PASTI.....

Selamat Beramal.....Salam Ramadhan.....



Doa Ramadhan ( Hari Kesembilan Belas - Hari Kedua Puluh Satu )

Assalamualaikum WBT, Salam Ramadhan, & Salam Ukhwah...

Doa-doa Ramadhan-Al-Mubarak....

HARI KESEMBILAN BELAS

"Ya Allah....penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikkan-kebaikkannya....Janganlah Engkau jauhkan aku dari ketenteraman kebaikkan-kebaikkannya Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang..."

HARI KEDUA PULUH

" Ya Allah....Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga & tutupkanlah pintu-pintu Neraka dan berikanlah aku kemampuan bagi membaca Al-Quran, Wahai Penurun ketenangan dalam hati orang mukmin...."


HARI KEDUA PULUH SATU

"Ya Allah....berikanlah aku petunjuk ke jalan keredhaan-Mu..dan janganlah Engkau menunjukkan jalan ke Syaitan untuk menguasai diriku..Jadikanlah bagiku Syurga sebagai tempat tinggal & beristirehat..Wahai Pemenuh keperluan orang =orang yang meminta..."

Rabu, Ogos 17, 2011

Doa Ramadhan (Hari Ketiga Belas - Hari Kelapan Belas)

Assalamualaikum WBT, Salam Ukhwah, Salam Ramadhan & Salam 1Malaysia


Berikut adalah sambungan bagi siri doa-doa ramadhan..

HARI KETIGA BELAS 

"Ya Allah, bersihkan diriku dari segala kekotoran & kehinaan. Berikanlah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa & bergaul dengan orang baik, dengan Bantuan-Mu wahai Pengharap orang miskin"

HARI KEEMPAT BELAS


"Ya Allah...Janganlah aku dihukum disebabkan kekeliruan yang aku lakukan. Ampunkan aku dari kesalahan & kebodohan. Janganlah Kau jadikan aku sasaran bala & malapetaka, dengan kemuliaan-Mu, Wahai kemuliaan kaum Muslimin".....


HARI KELIMA BELAS


"Ya Allah.....Berikanlah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang khusyu' dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan orang-orang yang takut'....


HARI KEENAM BELAS


"Ya Allah....Berilah kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik, dan jauhkanlah aku dari kehidupan orang-orang yang jahat. Dan naungilah dengan rahmat-Mu sehingga ke alam akhirat. Demi ketuhanan-Mu, Wahai Tuhan sekalian alam..."


HARI KETUJUH BELAS


"Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan & penuhilah hajat serta cita-citaku...Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan tanpa pengungkapan permohonan...Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam Selawat & Salam Keatas Muhammad serta keluarga yang suci..."


HARI KELAPAN BELAS


"Ya Allah....Sedarkanlah aku akan segala berkah-berkah diatas saharnya..Dan sinarilah hatiku dengan cahayanya & bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk mengikuti ajaran-ajaranya..Demi cahaya-Mu, Wahai Penerang Hati para arifin.."


bersambung....INSYAALLAH