Khamis, Mei 12, 2011

Petua Nasi Goreng Peroi...

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia....

Malam ini apabila bermukabuku "Facebook" ramai yang duk bercerita tentang makan...(sy pun sama gak)...
Apabila duk bercerita, komen mengomen tiba-tiba sy teringat lak 1 petua nie....Petua nie sy bljr ms menuntut ilmu masak masak kat Rawang sebuah cafe....Chef sy iaitu Chef Anuar selalu suruh saya masak nasi dlm jam 6 petang....sedangkan nasi utk malam mmg cukup...bila ditanya di cakap "utk buat nasi goreng esk"...sy pun buat je la apa yg disuruh maklum la asst chef kena ikut ckp chef kan....hehe

Bila nasi dh masak & sejuk dia suruh letak dalam bekas lepas 2 masuk dlm peti ais....Mula2 mmg rs pelik tp xla pulak nak bertanya...Akhirnya esoknya baru la sy tahu apa tujuan nasi 2 dimasukkan dalam peti ais..."Firdaus, kamu kalo nak tau, nasi goreng kalo nak elok n peroi bila makan mcm nie la....sejukkan dulu, lps 2 baru goreng." "tapi chef kan elok kalo disejukkan dgn cr suhu bilik je...tapi kenapa masuk peti ais" "blh jugak tp kita kan kat cafe nie semuanya nak cepat" sambil mengangukkan kepala....

Petuanya ialah sejukkan dulu nasi sebelum mengorengkannya.....kalo tidak nasi akan berketul2....

Resepi: Nasi Goreng Cina  ( 2 org makan )

Bahan-Bahan:
  • 2 mangkuk nasi putih yang telah disejukkan
  • 6 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1 biji bawang merah dimayam
  • 2 biji telur ayam
  • 150 g isi ayam @ sotong
  • 1 mangkuk sayur campur
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Cara memasak
  1. Panaskan kuali dengan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah bila minyak panas.
  2. Pecahkan telur yang telah dibersikan dulu kacau hingga sebati dengan bawang.
  3. Masukkan isi ayam @ sotong & sayur campur kacau sehinga isi ayam lembut.
  4. Kemudian masukkan nasi dan goreng macam biasa.
  5. Tambahkan sedikit serbuk ayam gaul sehingga sebati serta masukkan garam secukup rasa.
  6. Bila masak boleh la dihidangkan dengan sup..
Nasi Goreng Cina bersama Kepak Ayam Bersos BBQ

Rabu, Mei 11, 2011

7 Langkah Bijak Berbelanja

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia....

Gaji tak cukup??? xdpt nak simpan??? xcukup duit la????
Inilah antara bait2 perkataan yang selalu diungkap oleh kita jika hendak berbelanja....mengapakah selalunya terjadi begini??? Adakah kita tidak membuat sebarang bentuk rancangan perbelanjaan??? Atau kita lebih suka mengutamakan yang tidak penting??

Berikut adalah 7 Langkah Bijak Berbelanja...

1. Berbelanja Secara Tunai Sahaja (Go Cash Only)
  • - amalan terbaik ialah dengan TIDAK menggunakan KAD KREDIT.
  • - berbelanja dengan menggunakan wang tunai sahaja.
  • - dengan mudah kita dapat melihat pengaliran wang tunai keluar.

2. Tetapkan Matlamat Jangka Panjang (Set Long-term Goals)
  • tetapkan 1 matlamat dimana anda selalu diingatkan agar tidak berbelanja berlihan demi mengejar matlamat anda tersebut.
  • sebagai contoh: Dalam 5 tahun anda ingin mendirikan rumahtangga, anda perlu menulis matlamat anda  di atas kertas & tetapkan tarikh serta jumlah simpanan yang anda ingin supaya anda tidak terbabas dari menggunakan wang anda dalam berbelanja.
  • letakkan matlamat ini ditempat yang senang dilihat seperti dicermin muka, meja pejabat, peti ais.
  • matlamat ini harus dibaca setiap hari kerana ia akan bertindak sebagai pengawal anda dalam berbelanja.
3. Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
  • adakah beg yang berjenama dengan kasut yang berjenama menjadi terikan kepada semata-mata atau menjadi keperluan anda?
  • sebelum membuat keputusan, anda haruslah berfikir terlebih dahulu. sekiranya dalam jangkauan perbelanjaan anda teruskan tetapi hanya sekadar memuaskan nafsu berbelanja anda ELAKKANPEMBELIAN kerana anda harus berfikir mengenai kesan yang akan berlaku kelak.
  • JUJURLAH kepada diri sendiri dalam berbelanja & beranilah berkata TIDAK kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan pada masa sekarang.
4. Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
  • perkara yang amat mudah tetapi selalu diabaikan oleh kita semua.
  • sebelum keluar membeli belah PASTIKAN anda menulis perkara yang hendak dibeli.
  • sekiranya terdapat promosi yang tidak berkaitan dengan perbelanjaan yang telah dimasukkan di dalam senarai yang diperlukan anda harus berani katakan TIDAK.
  • membuat suatu senarai pembelian yang akan datang ketika berbelanja.
5. Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance
  • lumrah kehidupan setiap individu yang berkerjaya yang menginginkan sesuatu yang baru setelah penat bekerja selama sebulan.
  • tengoklah semula bajet perbelanjaan anda & berfikirkan sesuatu jumlah yang sesuai untuk anda tetapkan bagi perbelanjaan anda sendiri.
  • sebagai contoh anda menetapkan RM 200 untuk membeli pakaian baru, menonton wayang, bermain bowling & sebagainya HENDAKLAH dalam lingkungan tersebut.
  • sekiranya anda telah menggunakan "Allowance" tersebut maka HARUSLAH anda BERHENTI dari berbelanja.
 6. Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
  • jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata TIDAK kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.
7. Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
  • perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. 
  • dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. 
  • buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik

Sekian, mohon mencadang....

Sumber petikan: I Luv Islam..

Selasa, Mei 10, 2011

Badan berbau......

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia...


Masalah bau badan....
Ramai diantara kita mempunyai masalah bau badan ini terutamanya kaun lelaki...Kadang kala masalah ini mendatangkan pelbagai pandangan negatif orang lain terhadap kita....Antara faktor masalah ini adalah:

1) Badan kita cepat berpeluh.
2) Penjagaan kebersihan badan yang diabaikan.
3) Menggunakan pakaian berulang kali.
4) Merokok

Adakah anda merasakan masalah ini tidak dapat dibendung....cukupkah sekadar dengan pemakaian pewangi @ mandi & menggunakan sabun yang wangi?????

Berikut adalah petua bagaimana mahu menghilangkan bau badan...
Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan

Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.
p/s: jgn lupa cuci pakaian anda setiap hari ye....



sumber: Petua Melayu Lama

Isnin, Mei 09, 2011

Jawatan Kosong.....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia...

EDARAN RESTU SDN BHD (708237-W)

MAKLUMAN MENGENAI KEKOSONGAN JAWATAN.....

JAWATAN: PENGURUS ZON UTARA
KAWASAN PENANG, KEDAH & PERLIS

GAJI:
GAJI POKOK               : RM 800 - RM 1200
ELAUN PETROL          : RM 200 - RM 300

+ ELAUN TUGAS LUAR (SEKIRANYA ADA)

KELAYAKAN:

- WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERUMUR 18-45 TAHUN
- LULUS SPM DENGAN KEPUJIAN BAHASA MELAYU, MATEMATIK @ MATEMATIK TAMBAHAN. LULUS MATA BAHASA INGGERIS & PERAKAUNAN
- BOLEH BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS
- MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA DALAM BIDANG BERKAITAN AMAT DIALU-ALUKAN.
- BOLEH BEKERJASAMA DENGAN PIHAK PENGURUSAN SERTA RAKAN SEKERJA YANG LAIN
- BOLEH BERKOMUNIKASI DENGAN PIHAK LUAR
- BERDEDIKASI DALAM MENJALANKAN TUGAS
- BOLEH BEKERJA LUAR KAWASAN
- BOLEH BEKERJA DENGAN PENGAWASAN YANG MINIMA
- MEMPUNYAI KENDERAAN SENDIRI & LESEN YANG SAH.

SEKIRANYA BERMINAT & MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
AHMAD FIRDAUS 017-3924357 / 013-5587086

* para graduan digalakkan memohon...
* keutamaan akan diberikan kepada mereka yang tinggal kawasan Penang, Kedah & Perlis
* kemasukkan segera AMAT DIPERLUKAN.

Perkahwinan.....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia......

entri kali ini berkenaan Majlis Perkahwinan
AHMAD ISMAIL BIN ABDUL MALEK (abg penulis) & KAMISAH BINTI MUMIN.....

ISMAIL & KAMISAH


Tanggal 11.12.2010 bertempat Sandakan, Sabah tepat jam 9 pagi selamatlah diijabkabulkan kedua-dua mempelai dengan sekali lafaz sahaja....Alhamdulillah....semua berjalan dgn lancar....Majlis ini disaksikan oleh kira-kira 50 orang tetamu termasuklah sanak saudara pengantin lelaki seramai 25 orang yg kesemuanya dari Semenanjung Malaysia....selepas selesai majlis membatalkan wuduk...bermulah sesi bergambar seisi keluarga...
Aku Terima Nikahnya

mempelai bersama keluarga lelaki














Tepat jam 12 tengah hari, majlis santapan bermula....dengan kehadiran kira2 500 tetamu jemputan pihak perempuan majlis tersebut memang meriah....Perarakan pengantin memasuki dewan bermula dengan Laungan selawat Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.....selepas itu dengan paluan kompang & gendang...rombongan menuju kedalam dewan....wah meriah la ms 2....sebelum istiadat merinjs dimulakan bacaan doa mengambil peranan....na masa aku sy terkejut kerana namaku yg dipanggil utk membaca doa selamat.....

Time makan.....
dengan muka yang selamba....kami dengan selamba terus ambil makanan n duduk bersila diatas lantai....na buat mcm rumah sendiri pulak....tanpa menghiraukan org lain (perut dah lapor) kami meneruskan shja makan hingga selesai...Alhamdulillah kenyang....selepas semua selesai apa lagi terus je kami blah...hehe...
bersama mempelai


p/s: dh xde idea nak tulis.....akan dsmbug kpd entri majlis meyambut menantu nnt.....

EB's Wall: Poco-Poco Pada Pandangan Dr.MAZA

EB's Wall: Poco-Poco Pada Pandangan Dr.MAZA: "سم الله الرحمن الرحيم bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm Al-salāmu'alaykum WBT. 'TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS' Prof Madya Dr Mohd A..."

Jumaat, Mei 06, 2011

KESIHATAN : 14 KAEDAH MUDAH LANSING

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia.....

Artikel kali ini berkenaan dengan kesihatan.....

Setiap dari kita mengimpikan sebuah kesihatan yang sempurna...namun kadang kala kita diserang dengan pelbagai penyakit...salah satunya adalah KEGEMUKKAN.....kegemukkan berkemungkinan berpunca dari masalah pemakanan & juga faktor genetik....Bagi anda yang mengimpikan bentuk badan yang langsing sila baca artikel ini & amalkan bersama....selamat membaca....(^_^)....

14 Kaedah Mudah Lansing....

1.MELETAKKAN KERETA & BERJALAN KAKI.
- sekiranya anda membawa kereta ke pejabat, pusat pembelajaran & pusat membeli belah, letaklah kereta anda ditempat yang selamat & agak berjauhan dengan pintu masuk kerana akan membolehkan anda berjalan kaki...pastikan anda sampai awal agar tidak terkejar-kejar...

2. MENGUNYAH SESUATU KETIKA MEMBUAT MANISAN ATAU MEMBUAT KEK.
- sebagai contoh kunyahlah gula2 getah agar dapat mengurangkan rasa untuk merasai manisan @ kek yang dibuat 2....

3. SIBUKKAN DIRI DI JAMUAN.
- sibukkan diri ketika menghadiri majlis kenduri perkahwinan @ keramaian yg lain seperti bertemu dgn para jemputan, sanak sedara @ membantu tuan rumah kerana dengan langkah ini akan menyebabkan fikiran kurang tertumpu pada makanan sahaja tetapi jangan hingga tidak makan langsung....

4. MEMINUM JUS BUAH-BUAHAN & AIR MASAK.
- sekiranya bersiar dengan famili, rakan serta teman rapat dan pergi untuk menikmati minuman bagi menghilangkan dahaga pesanlah minuman jus buah-buahan yang kurang manis...(tanpa gula)...
- sentiasa membawa air masuk kerana dapat menjimatkan perbelanjaan serta dapat menghilangkan dahaga...

5. BERSENAM.
- bagi mereka yang bekerja anda boleh melakukannya di pejabat semasa bekerja dengan senaman ringan serta selepas waktu bekerja.
-bagi suri rumah, penganggur anda juga boleh bersenam dirumah sahaja dengan menjadikan kerja harian anda sebagai satu senaman, seperti mengemas rumah, mengemop lantai, serta mengosok pakaian.
- bagi golongan pelajar anda boleh melakukannya sebelah pagi & petang sekiranya mempunyai waktu...
- lakukan senaman seminggu 3 kali & ambillah masa 10-30 minit bg setiap sesi.

6. SIBUKKAN DIRI DILUAR.
- pergilah bersiar-siar, membeli belah, bersenam & beriadah bersama keluarga, teman rapat serta rakan-rakan.

7. KELUAR PEJABAT WAKTU MAKAN TENGAH HARI.
- bukan untuk pergi membeli makanan tetapi pergilah membuat sesuatu yang berfaedah...bagi yang MUSLIM jangan lupa untuk menunaikan SOLAT ZUHUR...

8. AMBIL MAKANAN BERKALORI, MANISAN & COKLAT.
-skiranya ingin mengambil makanan berkalori tinggi, manisan & coklat hendaklah memasak dalam keadaan yang sedikit atau sekiranya diluar pesanan dalam kuantiti yang berpatutan...

9. BAWA SNEK
- ketika anda bersiar-siar bawalah bekalan snek yang berkhasiat. Anda boleh mengambil bila anda betul-betul memerlukannya.Dengan itu dapat mengurangkan nafsu makan anda & untuk singgah warung @ reston untuk menikmati juadah makanan. Boleh menjimatkan wang anda.

10. PENGGUNAAN ANAK TANGGA.
- sekiranya pergi membeli belah ke pasar raya, biasakan diri anda untuk menggunakan tangga berbanding dengan lif ataupun tangga bergerak.
- sekiranya dipejabat anda juga boleh melakukannya sekiranya pejabat anda berada ditingkat atas..
- jika pejabat anda berada tingkat yang tertinggi cuba lakukan ketika balik kerja sahaja.

11. PEMILIHAN MAKANAN KETIKA LAPAR.
- jangan memilih makanan ketika terlalu lapar kerana ketika dikhuatiri terjebak dengan selera makan yang tinggi.

12. BUAT KEK @ MANISAN DENGAN KADAR YANG SEDIKIT
- sekiranya membuat kek @ manisan buatlah dalam kadar yang kecil & sedikit cukup sekadar untuk keluarga anda.

13. JANGAN MAKAN MALAM
- jangan mengambil makanan terlalu malam. Waktu yang paling sesuai untuk makan malam ialah sebelum maghrib sekitar jam 6.30 petang. Jangan mengambil makanan ketika hendak tidur.

14. APABILA DIRUMAH
- letakkanlah buah-buahan bukan snek yang mempunyai tinggi kalori serta manisan yang mempunyai kadar gula yang berlebihan. Sekiranya ingin mengunyah ketika menonton televisyen atau menonton cerita ambillah buah-buahan kerana dapat mengurangkan pembentukkan lemak.

Berikut adalah beberapa petua yang mudah untuk diikuti.

Sekian, mohon berkongsi...

Sumber: Majalah Saji Tahun 2000.

“KUDRAT DITUNTUT ”

 
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: “KUDRAT DITUNTUT”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Pada 1 Mei setiap tahun kita akan menyambut Hari Pekerja atau Hari Buruh. Hari yang memperingati tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi golongan pekerja. Seorang pekerja ataupun buruh ialah mereka yang bekerja dengan menerima upah atau ganjaran dalam pelbagai bentuk, sama ada ganjaran itu tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak, hakikatnya kita semua adalah pekerja. Kita bekerja berdasarkan matlamat yang sangat penting iaitu membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang.

Justeru, kudrat pekerja dituntut demi menjamin kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara di masa depan. Persoalan besar timbul ialah bagaimanakah cara kita untuk membawa perubahan menuju kecemerlangan ini?.Mimbar ingin menegaskan bahawa kecemerlangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat. kecemerlangan seluruh warga pekerja memerlukan cara tersendiri untuk mencapainya. Selari dengan ajaran Islam, Allah SWT telah menegur umat manusia supaya berani membuat perubahan dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi prestasi dan kualiti keinsanan seseorang.  

Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 11:
Maksudnya: Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kecemerlangan sesebuah organisasi terletak pada aset utamanya iaitu modal insan,  modal insan mestilah berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran. Perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan adalah salah satu petanda positif. Pekerja mesti memiliki kemahiran yang bersesuaian bagi menghadapi cabaran semasa, tenaga kerja yang releven adalah satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi oleh perkhidmatan masa kini.
Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa tahap prestasi pekerja di negara ini amat membanggakan dan menuju sasaran ke sepuluh terbaik di dunia, namun penambahbaikan dari semasa ke semasa amatlah perlu bagi memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti bagi mengekalkan kecemerlangan. Sebagai pekerja muslim kita mestilah menerapkan nilai-nilai Islam dalam pekerjaan seperti bersifat jujur, amanah, taat, tekun, dedikasi, bijak dan lain-lain lagi. Kita juga mestilah mempunyai tekad dan keazaman bagi menghadapi hari esok dengan lebih baik dari hari ini. Islam sentiasa mendorong, memberi motivasi dan menganjurkan umatnya bekerja, berusaha dan beriktiar dengan penuh ketekunan bagi mencapai kesejahteraan dan kegemilangan dalam kehidupan seharian. Ingatlah bahawa perubahan menuju hasanah (kebaikan) bermula dari dalam diri setiap individu. Para pekerja yang kurang berkemahiran perlulah mempertingkatkan keupayaan mereka. Jika tidak, mungkin ada di kalangan mereka yang kurang berkemahiran ini tidak lagi diperlukan dalam perkhidmatan.
Sebagai pekerja kita juga mesti berusaha seberapa daya untuk memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat, kita mestilah memainkan peranan sebagai rakan  dalam mencapai kesejahteran bukan beban yang menyusahkan orang lain. Tingkatkan kemahiran, tambahkan pengetahuan hanya dengan cara inilah kita mampu untuk melaksanakan tugas sebenar sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah SWT telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
Hadith Rasulullah SAW  yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

Mafhumnya: Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.

          Umumnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan, penghayatan dan pengamalan ilmunya serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang.  Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah sebagaimana firman Allah SWT 

 dalam surah al-Kahfi ayat 103-105:
Maksudnya: Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya?. Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Merekalah orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal-amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak.

Berdasarkan maksud ayat ini dapat difahami mereka yang rugi itu termasuklah mereka yang tidak amanah. Sifat amanah adalah pakaian khalifah Allah SWT. Sebagai khalifah kita bertanggungjawab mengurus alam dan segala isinya supaya manfaat dan keberkatannya dapat dinikmati. Justeru, bagi memakmurkannya kualiti pengurusan dalam pelbagai aspek kehidupan sangat diperlukan. Kualiti tersebut adalah tuntutan bekerja secara profesional melalui perancangan yang strategik dari sudut masa, wang dan tenaga yang kesemuanya berteraskan nilai-nilai amanah dan integriti. Rasulullah SAW adalah contoh seorang pekerja dan pengurus yang unggul berkeperibadian tinggi yang sentiasa berusaha melakukan perubahan untuk maju dalam sektor pekerjaan.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa sebagai individu yang menjadi warga kepada organisasi kita tidak dapat lari daripada menerima kesan perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran.Ingatlah bahawa bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi perlulah terlebih dahulu melakukan perubahan kearah kecemerlangan. 

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengajak saudara dan jemaah sekalian, marilah kita muhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini?. Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, organisasi, negara dan kepentingan agama kita?. Kita sebagai pekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang, bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai.

Sekali lagi mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya golongan pekerja, bersempena Hari Pekerja 2011 yang bertemakan: Pekerja Merealisasikan Tranformasi Negara, marilah sama-sama kita menanam tekad dan azam menghayati tujuan bekerja menurut Islam. Tingkatkan usaha ke arah yang terbaik, sentiasa memperbaiki prestasi kerja, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, mempunyai sifat-sifat positif terhadap diri dan pandangan pihak lain, bersedia menerima teguran, saling menghormati dan bertolak ansur dan akhirnya peka kepada kehendak pelanggan serta perubahan persekitaran. Mudah-mudahan dengan cara ini segala kerja dan usaha kita diberkati dan diredai oleh Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam 

surah at-Taubah ayat 105:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah SWT. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”


Petikan dari Koleksi Khutubah Jumaat, Jabakan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)......
Yang telah disampaikan oleh Y. Berbahagia Ketua Pengrah Jakim yang baru...bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Petua Untuk Selesaikan Masalah dalam Sebuah Hubungan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.....

Pasangan Ahmad Ismail & Kamisah (sekadar hiasan)


Bagaimana dgn perhubungan anda semua...biasalah kita manusia biasa mmg ada kepincangan antra 1 sama lain.....tidak semestinya setiap masalah 2 tidak dpt diatasi....berikut adalah beberapa petua yg boleh diikuti & diamalkan.....

1. Tenangkan Diri - Jangan cepat sangat melenting tidak tentu hala bila ada masalah. Tak perlu nak tunjuk siapa hebat, anda atau dia. Itu tidak penting. Yang penting anda dapat berfikir secara bijak dan tenangkan diri.

2. Beralah - Kalau kena caranya pasangan anda boleh cair dan mudah-mudahan lembut balik hatinya jika dia sedang marah.

3. Dengar Luahan Hati Pasangan - Tabahkan hati dan cuba bersabar. Biarkan pasangan anda habiskan kata-katanya. Tunjukkan padanya yang anda prihatin dengan perasaannya.

4. Kawal Diri - Ada kalanya pasangan anda akan hilang pertimbangan. Lebih baik anda senyap dan kawal diri daripada berbuat sesuatu yang bercorak provokasi.

5. Jangan Merasa Hanya Kita Yang Betul dan Pasangan Anda Selalu Salah - Jangan sesekali letakkan kesalahan itu seratus peratus pada pasangan anda. Perlu ingat, setiap perkara yang jadi pasti ada puncanya. Fikir secara positif dan terbuka. Mungkin pasangan anda melakukan kesalahan disebabkan kelemahan anda.

6. Doa - Bersabarlah. Doalah mudah-mudahan Tuhan akan lembutkan hati pasangan anda dan anda sendiri juga akan berlembut.

cubalah bagi memastikan keharmonian antara pasangan anda.....

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA