Ahad, Februari 13, 2011

PLKN (part 1)

Blogger Templates
Assalamualaikum & Salam Sejahtera........

Apa kbr anda semua????


Program Latihan Khidmat Negara @ PLKN merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam membentung masalah sosial didalam negara ini....Sasaran program ini adalah remaja yang berusia 17 tahun keatas atau lebih tepat lepasan SPM.....Program ini bermula pada tahun 2004. Pada tahun ini, 2011 adalah tahun kelapan program tersebut dijalankan....Persoalannya sekarang, Adakah objektif program ini telah menbuahkan hasil....mari kita renungkan & hayati...

OBJEKTIF
Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri
Perlaksanaan
Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:
  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

berdasarkan objektif  & pelaksanaan berikut, kita boleh simpul bahawa bila berakhirnya program tersebut para pekatih dapat menghayati serta memamhami apa itu yang dimaksudkan "Budi Bahasa Buadaya Kita"
"Pembinaan sesubuah negara haruslah berpaksikan pada tunjang diri anak bangsa itu".....adakah ini hasilnya???

Sepanjang saya melibatkan diri dgn program ini saya dapati masih jauh lagi sikap anak Malaysia kini dalam aspek hormat menghormati...
Sebagai contoh....kebanyakkan pelatih yang sy temui masih lagi tidak bertegur sapa antara 1 sama lain...walaupun mereka bercampur bangsa & agama dlm 1 dorm tp mereka lbh suka berpuak2...yang Melayu dgn Melayu,yang Cina dgn Cina, India dgn India tp apa yang membanggakan saya ialah etnik minoriti Sabah & Sarawak mereka blh bergaul dgn semua kaum tanpa ada puak2 tersendiri.....
Adakah ini yang dikatakan memupuk perpaduan antara kaum????

Sebagai pemerhati saya rasa penbentukkan sahsiah diri & sifat kenegaraan harus dipertingkatkan lagi bg memastikan objektif ini akan terlaksana....

*Wasalam*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan