Khamis, April 28, 2011

Ujian Saringan HIV?? Apa pandangan ISLAM.....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia.......

Dialog Kota Raya...hehe

Perempuan: Sayang, kita dah bertunang dah agak lama, apa kata kita langsungkan je pernikahan kita???
Lelaki: ermm....mmg boleh tapi kita kena buat sesuatu dulu....
Perempuan: buat sesuatu??? apa dia sayang...kursus kahwin ke???..
Lelaki: ye sayang intan payung....selain kursus kahwin kita kena jalani Ujian Saringan HIV gak....
Perempuan: Ujian saringan HIV??? mmg kena buat ke sayang....

Perhatian>>>>>
Kepada Bakal Pengantin sudah anda melakukan Ujian Saringan HIV?????

Ujian Saringan HIV adalah salah satu syarat yg telah ditetapka oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri2 bg setiap pasangan yg beragama ISLAM melakukannya sebelum meminta kebenaran bernikah....

Apakah itu Ujian Saringan HIV???
ujian ini bertujuan untuk memastikan setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga bebas dari risiko dijangkiti virus HIV...

Adakah ujian ini dibenarkan dalam ISLAM....
berdasarkan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah seperti berikut:

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 telah memutuskan........

1.  Ujian Saringan HIV bagi setiap bakal pengantin yang ingin berkahwinan adalah DIWAJIBKAN sebagai langkah bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya....

Maka,

Berdasarkan fatwa tersebut maka setiap pasangan haruslah melakukan ujian ini terlebih dahulu sebelum permohonan pernikahan dilakukan disetiap Jabatan Agama Islam negeri masing2.....

Ujian hendaklah dilakukan di Hospital Kerajaan.... 

utk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia..... serta hujah mengenai fatwa tersebut boleh diekses dari www.e-fatwa.gov.my
  

Selasa, April 26, 2011

10 percakapan seseorg LELAKI....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah & salam 1Malaysia...

ini adalah entri "COPY & PASTE"....

1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak    dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel        ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi     pnye.nk jage standard la kate kan.


*punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~

Isnin, April 25, 2011

Makanan Untuk Sarapan....

Assalamualaikum, Salam Muhibbah, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia 
 
Bijiran Sarapan Pagi
▪ Dimakan bersama susu rendah lemak dan potongan buah-buahan
- Membekalkan protin, kalsium, vitamin dan zat galian yang lain.
▪ Hidangan ini rendah lemak
▪ Mudah, ringkas dan cepat disediakan.
Paling sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

Emping
▪ Dimakan bersama susu rendak lemak dan buah-buahan segar/kering seperti kismis, kurma, dan prun.
▪ Hidangan ini kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat.
▪ Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan juga melancarkan penghadaman.

Pelbagai Pilihan Sandwich
▪ Pilih roti paun meal penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi.
▪ Contoh inti berkhasiat: Tuna dalam air, sardin, keju rendah lemak, telur rebus, mentega kacang, jem tanpa gula.
▪ Gunakan marjerin tidak tepu (bunga matahari, zaiton, jagung dan soya).
▪ Elakkan penggunaan mentega, mayonis dan susu manis.

Pelbagai Hidangan Mee/Nasi/Bubur
▪ Hidangan istimewa yang lengkap dengan karbohidrat dari mee/nasi/bubur.
Lebih berkhasiat jika ditambah dengan telur, isi ayam/daging/ikan dan sayur-sayuran.

Pelbagai Hidangan Ubi
▪ Semua jenis ubi merupakan sumber karbohidrat yang utama dan cepat mengenyangkan.
▪ Contoh hidangan ubi: Ubi rebus ubi panggan, ubi kukus, ubi lecek.
▪ Ubi juga boleh dimakan bersama inti seperti telur rebus, tuna dalam air, kacang merah dalam sos tomato.

Pelbagai Hidangan Telur
▪ Telur adalah sumber protin dan zat besi.
▪ Contoh hidangan telur: Telur rebus telur dada, telur 'scramble', sup telur, telur dadar berinti (isi ayam/daging/bawang dan sayur-sayuran).

Tambahan Untuk Buah-buahan
▪ Pisang, Buah Lai, Limau, Epel
▪ Jus Buah, Susu Kacang, Susu Rendah Lemak, Minuman Yogurt
▪ Roti Bun berinti, Biskut Tawar
▪ Kurma, Kismis, Prun
▪ Yoghurt



Sumber: Resepi Petua Melayu

Perak, Kedah, P.Pinang......

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah & salam 1Malaysia.....

Perak Darul Ridzuan 20-22.4.2011......

Bergerak dari KL menuju ke kampung halaman.....setelah sekian lama tidak pulang ke kampung kali terakhir cuti Tahun Baru Cina yg lalu....perjalanan yang lancar melalui PLUS....singgah sebentar dirumah makcik saya di Jelapang, Ipoh...setelah minum petang bergerak ke Kuala Kangsar...Tepat 8 malam tiba disana....menikmati pemandangan malam disana sebelum ke Kota Lama Kiri rumah atokku (sebelah ibu)....maka bermalam lah dsana hgga fajar 22.4.2011...dh lame gak berjln2 di Kuala Kangsar (kuale kalo org kuale ckp) bsama ayh....jln ckt jmp org kenal, jln ckt jmp org kenal, wah kalah Tuan D.O la ayah aku nie......ramei bebenor yg kenai dia pun.....

Kedah Darul Aman 22-23.4.2011.....

Perjalanan bermula jam 10.00 pagi dari Kuala Kangsar...juga menggunakan PLUS sbgai jalan perhubungan...setelah 2 jam perjalanan rehat sebentar di R&R Gurun utk mkn tgh hari & menghilangkan penat....setelah 1 1/2 jam berehat maka pada jam 2.15 petang kami tiba di Alor Star, Kedah Darul Aman....Tujuan kami kesana adalah bagi menghadiri majlis pernikahan & persandingan sepupu aku di bandar tersebut....sebelum majlis pernikahan yang dijadualkan selepas solat Isyak sempat juga kami berkunjung ke rumah saudara mara disana....Pernikahan dijadualkan dilangsungkan di Masjid Al-Bukhary Jalan Langgar..setelah selesai semuanya...kami bergerak ke rumah Makteh aku di Jitra.....Keesokkan harinya bergerak dari Jitra menuju semula ke Alor Star utk majlis persandingan mempelai tersebut.....bersama sepupuku & rombongan sebanyak 6 buah kereta dgn kekuatan 30 org.....setelah selesai kami terus bergerak ke P.Pinang.....

Pulau Pinang 23.4.2011....

Bergerak terus ke bahagian pulau utk bertemu dgn Mak Penakan ayahku (tok sedara aku)....setelah terlena dirumah tok sedara lbh kurg 30 minit....kami bergerak menuju kebahagian Pusat Bandar.....menghirup udara malam disana, kami terus bergerak ke Pengkalan Feri....dlm perjalanan menuju ke bahagian Tanah Besar sempat gak bergambar atas feri (macam xpernah naik je...hehe)...sampai sahaja disana kami terus menuju kerumah sedara kami di Lorong Kubur, Butterworth....jam 10.45 malam bergerak balik...akibat mengantuk yang teramatlah sangat kami berhenti rehat di R&R Gunong Semanggol dgn memilih utk "check-in" di Hotel PLUS tersebut...

Perak Darul Ridzuan & Selangor Darul Ehsan 24.4.2011

Keesokkan paginya setelah segar n bersarapan kami mula bergerak pulang..singgah sebentar di Kuala Kangsar & kami meneruskan perjalanan ke Kota Warisan, Sepang, Selangor Darul Ehsan....Tepat jam 7 petang sampai kat rumah....


p/s: nak test jalan jauh dgn kereta baru....mmg best.....sehingga x sedar saya bawa dgn140km/j pada satu2 masa....

Perjalanan Mengejut....

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia....

Apa kbr anda semua???
Lama dah tak update blog nie...kesibukkan yg melanda & xde bahan nak tulis daaaaaaaaaaa......
Mungkin ada tertanya2 kemanakah sy menghilangkan diri????
Cerita kali ini tentang perjalanan yg mengejut....

Bermula pada 1 hari ketika aku sedang demam yg agak kuat....xblh bangun, xde selera mkn & asyik nak tdo je....apabila beransur sihat (mkn ubat) tiba2....dpt berita yg aku perlu ke SABAH.....maka dgn rs agak malas (maklumla badan rs sengal2) aku pun mencari tiket kapal melalui internet.....AirAsia mahal....Firefly tiket habis...MAS?? klik tempahan tiket....Alhamdulillah mgkin rzki aku masa 2...tiket sehala Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hanya RM150 sehala.....eh murah gak....maka ms 2 terus la ambil utk 3 org....ayah, ibu n aku...maka berangkatlah kami kesana pada tanggal 3 April 2011.....

Semasa disana pelbagai urusan yg perlu dilakukan...antara memantau kerja pembaikkan kereta abang aku yg rosak teruk & terpaksa menukar enjin keretanya.....membuat pemeriksaan PUSPAKOM, pendaftaran no enjin baru di JPJ serta membawa kereta itu berjumpa dgn "PAKAR" di Pusat Servis....

Alang dah kesana apa lagi ambil peluang bercuti la kan....tp malang kebetulan pada masa yg sama abang aku ade kursus lak d Kota Kinabalu selama 3 hari....kalo kat KK 2 aku dah biasa sangat (3 tahun kat KK)...terperuklah kami di Hotel....nasib baik la pilih hotel dpn Airport....apa lagi aku pun buat la kerja mengira kapal terbang yg naik turun kat sana...dalam 1 jam hampir 25 kapal terbang yang naik turun kat KKIA....

akhirnya aku balik ke semenanjung pada 17.4.2011...juga dgn perkhidmatan MAS juga pada harga yg same....mmg mengejut betul perjalanan aku kali ini......

p/s: kpd sesiapa yg nak ke KOTA KINABALU sila pastikan anda mendapatkan maklumat dlu...byk brg murah kat sana & hati2 dgn brg seludup.....

Ahad, April 24, 2011

Semoga Berjaya....

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA

Apa kbr anda semua??? Saya harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...

Semua kita semua sedia maklum apabila menjelangnya akhir semester bagi sesi pembelajaran anda di IPTA/S pasti akan menempuh suatu peperiksaan yang bakal menentukan kefahaman kita sepanjang sesi pembelajaran kita semua...Sehubungan dengan itu saya ingin menyampaikan sedikit kata-kata semangat buat anda semua...

KEJAYAAN YANG DATANG DENGAN USAHA ADALAH 1 KEMESTIAN
KEJAYAAN YANG DATANG TANPA USAHA ADALAH 1 KEAJAIBAN
KEGAGALAN YANG DITERIMA DENGAN USAHA ADALAH 1 HIKMAH &
KEGAGALAN YANG DITERIMA TANPA USAHA ADALAH 1 KERUGIAN...

Saya AHMAD FIRDAUS BIN ABDUL MALEK menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada anda semua atas salah silap sepanjang kita berkawan & saya juga dengan penuh rasa kasih sayang telah memaafkan segala kesilapan anda sekiranya anda ada melakukan salah silap terhadap saya...saya berharap dengan kemaafan ini dapat membuatkan anda semua mendapat ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan nanti...
USAHA...DOA...TAWAKAL

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN..
BUAT YANG TERBAIK..DAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG & MEMBANGGAKAN KELUARGA ANDA
JADILAH ANAK MELAYU YANG TIDAK LAYU DI TANAH MELAYU....

SALAM TAKZIM....
Firdaus Malek
(AHMAD FIRDAUS BIN ABDUL MALEK)
Kota Warisan, SepangBlogger Templates