Jumaat, Mac 25, 2011

Apakah Cinta???



Adakah anda mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah anda tetap mengatakan anda menyintainya kerana anda tidak ingin melukai
hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah anda menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah anda memaafkan kesalahannya kerana anda mengambil berat tentang dirinya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah anda mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya DIA sahaja yang anda fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

TETAPI

Adakah anda tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tidak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah anda menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah anda menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

sumber: Petua Melayu Lama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan