Jumaat, Mac 25, 2011

Apakah Cinta???



Adakah anda mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah anda tetap mengatakan anda menyintainya kerana anda tidak ingin melukai
hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah anda menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah anda memaafkan kesalahannya kerana anda mengambil berat tentang dirinya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah anda mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya DIA sahaja yang anda fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

TETAPI

Adakah anda tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tidak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah anda menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah anda menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

sumber: Petua Melayu Lama...

Ahad, Mac 20, 2011

Alhamdulillah.........

Assalamualaikum, Selamat Pagi....
Salam 1Malaysia......

Apa khabar anda semua.....sy sihat sejahtera....
Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT..Tuhan sekelian alam...Selawat & salam keatas Junjungan Besar Rasullullah SAW...para ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda...

Alhamdulillah.....Tanggal 18 Mac 2011 bermula 1 lagi episod baru dalam hidupku ini...saya mendapt perkhabaran gembira apabila dihubungi oleh pihak Public Bank Berhad....menyatakan permohonan utk membuat "loan" dah LULUS.....Alhamdulillah...."LOAN" ini adalah utk digunakan bagi membeli sebuah kereta...Bukan baru la...kereta terpakai je.....Perodua Kembara 1.3cc Auto bernombor plat BGT 3538....semalam saya dh pun ambil kereta 2 Selayang....So lepas nie dh ade komitmen la utk saya setiap bu;an terutama lps dpt gaji....

BGT 3538 Belakang
 


BGT 3538 Hadapan...









Khamis, Mac 17, 2011

Ingin Berkata-kata.....

Waspada dalam berkata-kata

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita?
Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa.
Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya.

Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Maka itu, Nabi Muhammad SAW berpesan pilihlah kata-kata yang baik. Dalam hal ini, baginda merupakan teladan terbaik. Setiap saat, Rasulullah senantiasa menggunakan kata yang baik dan lembut untuk umatnya.
Baginda menjauhkan kata-kata yang buruk, kasar, dan keji. Bahkan, Rasulullah sangat membenci jika ada kalimat yang digunakan tidak pada tempatnya yang sesuai. Misalnya, ada perkataan yang baik dan bermakna mulia namun diucapkan kepada orang atau sesuatu yang sebenarnya tidak berhak menyandang ucapan itu.
Begitulah juga sebaliknya, jika ada kalimah buruk dan bermaksud menghina tetapi ditujukan untuk orang atau sesuatu yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian memanggil orang munafik dengan panggilan tuan kerana jika dia memang seorang tuan, maka dengan panggilan itu kalian telah membuat Tuhan kalian murka".

Selain itu, umat Islam diminta menjaga ucapan yang mengandungi syirik. Seperti ucapan, "Aku meminta pertolongan kepada Allah dan kepadamu".
Sesuai tuntutan Rasulullah, mereka yang mengucapkan kalimat-kalimat seperti itu bererti telah menyekutukan atau sepadan bagi Allah SWT.

Dalam buku Berakhlak dan Beradab Mulia, Contoh-contoh dari Rasulullah, Saleh Ahmad asy-Syaami menambahkan, kalimat bernada mencela juga sebaik-baiknya dihindari. Peringatan itu juga disampaikan oleh Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Muttafaaq alaih.
Rasulullah mengatakan: "Allah SWT berfirman, Anak keturunan Adam menyakiti-Ku, kerana mereka mencela masa, padahal Aku adalah Zat yang menciptakan dan menguasai masa. Aku yang menggantikan malam dan siang". Asy-Syaami menyatakan, perkataan yang mencela melahirkan kesalahan besar.
Menurut beliau, celaan yang diucapkan itu sebenarnya akan mengenai diri mereka sendiri. "Mereka telah berkata hal-hal yang tak patut," katanya.

Asy-Syaami menegaskan, ucapan-ucapan yang tak baik sama sekali tidak mendatangkan manfaat apa pun, sebaliknya, menjerumuskan seseorang ke jalan kebatilan. Ucapan yang buruk juga mendatangkan perpecahan dan pertikaian antara sesama manusia. Termasuk yang perlu dijauhi adalah berkata bohong. Islam tidak memberikan keringanan bagi umatnya yang berbohong.

Ibn Qayyim dalam kitab al-Fawa'id mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap pembohongan. Sebab, kebohongan akan merosakkan cara pandang umat terhadap fakta yang sebenarnya.

Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan, pembohongan akan mengiring pelakunya kepada kejahatan dan kejahatan akan menjerumuskan ke dalam neraka.

Rabu, Mac 16, 2011

Mandi Songsang??? Apakah Kebaikannya

Blogger TemplatesAssalamualaikum serta Salam Sejahtera......
Salam 1Malaysia....

Lazimnya orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Cara mandi begini  sebenarnya akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan diri dan sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)


Kebaikan dan Kelebihan Mandi Songsang 

1) Anda akan awet muda dan sentiasa kelihatan segar.
2) Bahagian otak anda akan menjadi bertambah baik untuk befungsi, kerana mandi sonsang akan mengembangkan salur darah otak.
3) Sistem pertahanan badan anda bertambah baik fungsinya untuk tahap kesihatan yang maksima.
4) Anda boleh kurangkan stress.
5) Anda boleh meninggikan daya ingatan anda.
6) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
7) Jiwa anda akan sentiasa bersemangat.
8) Menguatkan gusi dan gigi anda.


sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Selasa, Mac 15, 2011

Selamat Pengantin Baru........

Blogger TemplatesAssalamualaikum
Salam 1Malaysia.....

Apa kbr??? Lebih sebulan tidak meng"update" blog ku ini....Akibat dgn kesibukan bekerja....

Selamat Pengantin Baru....buat sahabatku Pn Umaimah Bt Abd Rahim bersama suami tercinta En. Azmie Bin Ahmad yg telah selamat diijabkabulkan pada 13.3.2011....didoakan agar jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat serta dikurniakan anak yg soleh solehah....Selain mereka saya juga ingin mengucapkan selamat bernikah & selamat pengantin baru kepada mereka yg bakal mengakhiri zaman bujang mereka....

Kutitipkan doa buat kalian....

"Ya Allah Ya Tuhan Kami....Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar disatukan hati nurani kedua-dua mempelai ini, sepertimana Engkau satukan hati nurani Baginda Muhammad Rasulullah SAW dengan Siti Khadijah & sepertimana Engkau satukan hati nurani Ali & Siti Fatimah" Amin....